API Puji Usaha Ke Arah Minyak Sawit Mampan di Malaysia

Kuala Lumpur, 20 Disember 2023 – Advokasi Perusahaan dan Industri (API), kumpulan advokasi yang menyokong pertumbuhan perniagaan dan industri, hari ini menyeru pihak berkepentingan untuk mengadakan diskusi yang adil dan saksama tentang minyak sawit di Malaysia dengan menekankan kepentingan keterlibatan perniagaan, perdagangan, NGO dan orang ramai dalam memperjuangkan
kelestarian.

Dato’ Fazli Nordin, Pengarah Urusan API berkata: “Perkembangan dalam amalan mampan sektor minyak sawit ini adalah penting bukan sahaja untuk industri tempatan. Walaupun industri ini menyumbang secara langsung kepada landskap ekonomi global yang luas, ia sering menerima layanan tidak adil ekoran persepsi negatif yang membayangi kemajuan yang telah kita capai melalui amalan mampan.”

“Kita berada pada tahap yang sesuai untuk menyusun dan mentakrifkan semula industri minyak sawit negara bukan sahaja sebagai kuasa ekonomi tetapi sebagai peneraju dalam kelestarian. Usaha ini adalah kritikal untuk masa depan industry bagi memastikan ia kekal sebagai penyumbang yang mampan dan penting kepada kemakmuran negara kita.”

Read More News

Hasil eksport minyak sawit

Sebagai salah satu pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, Malaysia mencatatkan kemuncak hasil eksport minyak sawit, berjumlah RM135 bilion pada 2022, dengan anggaran sumbangan 2.4% kepada KDNK. Tahun ini, hasil eksport Malaysia dijangka meningkat 3.7% kepada 16.30 juta tan, meningkat daripada 15.72 juta tan metrik pada 2022.

Pekebun kecil telah menyumbang secara signifikan kepada industri meliputi antara 30-40% daripada penanaman kelapa sawit 2 dalam negara. Sehingga Disember 2021, hampir 250,000 lesen telah dikeluarkan kepada pekebun kecil di Malaysia. Johor mempunyai bilangan pekebun kecil terbesar, diikuti oleh Sarawak dan Sabah.

Pekebun kecil ini dianggap sebagai pemegang kepentingan terpenting dalam penanaman kelapa sawit dan tanaman pokok lain di Malaysia. Secara umumnya, sektor pertanian telah menyediakan pekerjaan kepada 1.86 juta orang pada tahun 2022​​.

Untuk memantau perkembangan sektor minyak sawit, pematuhan wajib terhadap skim pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO), dan keahlian sukarela Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) telah dikuat kuasa pada 2019, bertujuan untuk meminimumkan kesan alam sekitar industri dan menggalakkan amalan bertanggungjawab.

Lembaga Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO)  telah ditubuhkan pada 2015 untuk memperakui
minyak sawit yang ditanam secara mampan dan, pada 2017, kerajaan Malaysia mewajibkan pensijilan MSPO bermula pada 2020.

Langkah positif dari kerajaan telah dilaksanakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan had kawasan ladang  telah diwujudkan sepanjang 2019 hingga 2023, dan undang-undang perhutanan baharu yang digubal pada 2022 untuk memperketatkan hukuman bagi pembalakan haram.

NDPE

Inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia dan syarikat minyak sawit nampaknya membuahkan hasil dengan kira-kira 83% daripada kapasiti penapisan minyak sawit kini beroperasi di bawah dasar ‘Tiada Penebangan Hutan, Gambut dan Eksploitasi (NDPE)’. 

Bagaimanapun, kadar penebangan hutan di Malaysia telah menunjukkan penurunan kebelakangan ini, dengan Global Forest Watch  baru-baru telah melaporkan pengurangan mendadak dalam kehilangan hutan, menunjukkan bahawa membalikkan arah aliran penebangan hutan boleh dicapai.

Akhirnya, pendekatan berwawasan ini sejajar dengan matlamat alam sekitar global dan permintaan pengguna yang semakin meningkat untuk produk yang mampan. API juga menggalakkan pendekatan yang lebih kolaboratif melibatkan semua pihak berkepentingan, yang diharapkan akan membawa kepada pembangunan mampan yang lebih cemerlang kepada industri secara keseluruhannya.

Dato’ Fazli Nordin, berkata: “Kita membayangkan masa depan di mana industri minyak sawit sinonim dengan kemampanan. Usaha kita hari ini meletakkan asas untuk hari esok yang lebih hijau dan lebih makmur. Oleh itu, adalah penting untuk terlibat dalam perbincangan terbuka dan fakta tentang usaha industri dalam penjagaan alam sekitar dan sumbangan sosio-ekonomi.”

Dato’ Fazli Nordin menambah: “API menggesa semua pihak berkepentingan, termasuk pekebun kecil, perniagaan, NGO, dan pengguna untuk berganding bahu bagi melindungi nilai asas minyak sawit. Industri ini telah lama menjadi tulang belakang pertumbuhan besar di Malaysia dan akan terus memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ekonomi, mata pencarian dan inisiatif kelestarian.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *