Categories: Business NewsCars

Sambutan besar ‘BMW M 50 Jahre’

Kuala Lumpur, 30 Jun 2022 – 50 buah kenderaan berprestasi tinggi daripada portfolio BMW M telah dihimpunkan di Sentul Depot pada hari ini bagi acara pembentukan formasi bersempena dengan sambutan ulang tahun BMW M ke-50, yang ditunjangi oleh divisyen prestasi dan sukan permotoran premium milik pengeluar kenderaan tersebut.

Hans de Visser, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkongsi, “Selama 50 tahun kami membekalkan kenderaan prestasi bertaraf premium yang paling ikonik buat dunia – biar untuk kegunaan di atas atau di luar litar, semangat kami terus berkobar untuk menjulang Huruf Terunggul di Dunia ini.

“Kami berbesar hati untuk menyaksikan semakin ramai individu yang menzahirkan perasaan teruja dan sanjungan mereka ke atas jenama ini, terutamanya warga komuniti pemilik dan peminat BMW M di Malaysia yang telah mencurahkan sokongan tidak berbelah bahagi mereka selama ini – termasuk sepanjang dua tahun lalu yang dibelenggu dengan pandemik.

“Komuniti ini terlahir daripada jiwa dan raga dibentuk selama 50 tahun, dan kami yakin bahawa hala tuju BMW M akan memperkukuhkan lagi cinta kita semua terhadap sukan permotoran dan jenama ini.”

New PJ Automall Is Largest Carsome Experience Center To-date
Kuala Lumpur, 8 June 2022 – Southeast Asia’s largest integrated car e-commerce platform, Carsome, has elevated its hassle-free car buying experience with the launch of Carsome PJ Automall, its biggest experience center to-date in Malaysia and first that comes with electric vehicle charging stations.…

Program tarikan BMW M

Formasi ini merupakan sebahagian daripada program tarikan BMW M, ia telah menyaksikan lebih daripada 100 orang peminat BMW M berkonvoi ke The Mansion @ One & Only, Desaru di mana pelbagai aktiviti telah dijadualkan sepanjang hujung minggu ini.

Bukan itu sahaja, program ini turut mengadakan penjualan barangan ‘BMW M 50 Years’ edisi terhad, dan dana yang terkumpul semasa acara tersebut akan digunakan untuk membantu inisiatif perusahaan sosial tempatan, Epic Society dalam membekalkan akses buat kanak-kanak orang asli yang mermerlukan ke atas pendidikan berkualiti melalui Hab Pembelajaran Digital mereka.

Staff Writer

Recent Posts

CIMB Launches Private Wealth to Strengthen Affluent Banking Across ASEAN

CIMB launched Private Wealth to provide affluent ASEAN clients with personalised advisory, investment and legacy…

10 hours ago

Exports Surge on Strong E&E Demand as Trade Growth Accelerates

Malaysia’s exports accelerated in June, driven by strong E&E demand, with analysts forecasting sustained trade…

10 hours ago

Inari Amertron Enters New Growth Cycle Driven by Datacom

Inari Amertron enters new growth cycle, datacom drives expansion, Lumileds termination clears uncertainty, RF stabilises…

13 hours ago

Andy Burnham Becomes Britain’s New Prime Minister Amid Mounting Challenges

Andy Burnham becomes UK prime minister, pledges reforms amid economic woes, migration pressures, and political…

15 hours ago

Smartphones Hold Sensitive Data, But Security Habits Lag

Kaspersky survey shows smartphones dominate internet use, storing sensitive data, but users’ security habits lag,…

15 hours ago

Aurora II in Setia Bayuemas South Launched

S P Setia launches Aurora II in Klang, RM63.14m GDV homes with zen design, smart…

17 hours ago

This website uses cookies.