Peraturan Vape Terlampau Ketat dan Industri Berdepan Dengan Kos dan Kerugian

Kuala Lumpur, 29 Oktober 2024 – Peraturan yang diperkenalkan melalui Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852)bakal memberi impak serius kepada rantaian industri vape yang kini telah dinilai berada pada kadar RM3.48 bilion.

Menurut Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli yang berkata meskipun akta ini bertujuan memastikan aktiviti industri dikawalselia, Ridhwan menyuarakan kebimbangan bahawa peraturan yang diperkenalkan adalah terlalu ketat. 

“Akta 852 sememangnya diperlukan untuk memastikan industri vape berada di landasan yang betul. Namun, peraturan yang diperkenalkan adalah terlalu ketat. Contohnya, larangan pameran produk yang bukan sahaja akan membebankan peniaga tetapi juga menjejaskan pekerja serta pengguna.”

Peraturan Vape Terlampau Ketat dan Industri Berdepan Dengan Kos dan Kerugian

Industri vape di Malaysia telah berkembang sejak kebelakangan ini dengan 2500 kedai vape dan 7500 kedai runcit am yang menjual vape. Ke semua premis ini telah menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja. Berdasarkan laporan DPVM, terdapat kira-kira 31,500 yang bekerja dalam industri ini. Namun, jumlah ini dijangka menurun jika peraturan vape yang terlampau ketat dikenakan.

“Melalui sesi taklimat yang diberikan Kementerian Kesihatan Malaysia baru-baru ini, industri dimaklumkan bahawa industri diberikan 6 bulan sehingga 1 April 2025 untuk mematuhi ketetapan di mana kedai khusus vape perlu membuat cermin gelap atau membuat pengubahsuaian kepada premis kedai supaya apa-apa yang terjual di dalam kedai tidak boleh kelihatan dari luar kedai. Manakala kedai serbaneka atau kedai runcit pula perlu membuat perubahan supaya produk tidak boleh terlihat di dalam kedai.” 

”Ini adalah perubahan yang besar dan akan membebankan ramai dalam sektor peruncitan kerana ia melibatkan kos untuk pengubahsuaian dibuat. Sebagaian besar golongan peniaga vape adalah usahawan kecil dan sederhana (PKS) dan tidak mempunyai sumber kewangan yang besar untuk menampung kos tambahan yang diperlukan bagi memenuhi ketetapan tersebut,” tambah Ridhwan. 

KKM

Ridhwan juga berkata KKM turut memberikan makluman bahawa produk vape yang bersifat sistem tertutup (closed system) dan mengandungi lebih daripada 3 mililiter (mL) tidak boleh terjual lagi. Pada masa yang sama, produk vape yang bersifat sistem terbuka (open system) tidak boleh melebihi 15 mL. 

“Ini adalah suatu tamparan yang hebat kepada industri kerana pada masa ini dalam industri, kebanyakan produk adalah lebih daripada tahap yang ditetapkan ini. Ketetapan ini akan membuatkan industri terjejas kerana ia tidak bersesuaian dengan permintaan semasa dari pengguna.”

“Ini adalah suatu tamparan yang hebat kepada industri kerana pada masa ini dalam industri, kebanyakan produk adalah lebih daripada tahap yang ditetapkan ini. Ketetapan ini akan membuatkan industri terjejas kerana ia tidak bersesuaian dengan permintaan semasa dari pengguna.”

”Dalam anggaran kami, lebih daripada 70%-80% daripada produk dalam pasaran melebihi 3 mL untuk produk sistem tertutup dan 15mL untuk produk sistem terbuka. Situasi ini bukan sahaja mengakibatkan ramai yang akan mengalami kerugian dalam industri dengan produk yang sedia ada dalam pasaran perlu dilupuskan serta merta tetapi juga membantutkan perkembangan industri vape tempatan.”

”Dengan peraturan yang ketat sebegini di mana kos pengoperasian juga akan meningkat, industri akan terjejas dan kemungkinan besar banyak yang akan terpaksa menutup kedai mereka, justeru memberi impak besar terhadap tenaga kerja yang terlibat dalam industri ini.” katanya.

Akta 852

Walaupun DPVM memahami dasar baru yang diperkenalkan di bawah Akta 852, namun peraturan perlu seimbang dan mengambil kira kelangsungan perniagaan dan perkembangan industri. Ridhwan menegaskan bahawa kerajaan perlu melihat kepada impak ekonomi yang bakal berlaku sekiranya larangan ini dilaksanakan tanpa sebarang kelonggaran.

“Kita tidak boleh memandang remeh kesan yang akan dialami oleh peniaga dan pekerja dalam industri vape. Peraturan tidak patut bersifat menghukum peniaga terutamanya apabila produk vape bukannya seperti produk rokok tembakau. Peraturan yang sama tidak patut dikenakan untuk kedua-dua vape dan rokok tembakau.”

”DPVM berharap agar kerajaan dapat mengkaji semula peraturan ketat yang terkandung dalam Akta 852, dan mencari pendekatan yang lebih holistik bagi mengawal industri ini tanpa menjejaskan rantaian perniagaan dan peluang pekerjaan yang telah dibina. Kerajaan perlu mengambil kira semua sudut termasuk kesan kepada golongan peniaga dan pekerja dalam industri ini,” kata Ridhwan.

Read more Business News

Latest News Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News #latestmalaysia

BIZ NEWS CODE Business News Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Staff Writer

Recent Posts

Consumer Group Urges Clarity on Budget 2026 Cuts

Fomca urges government transparency on Budget 2026 cuts, warning healthcare reductions could harm patients, staff,…

19 hours ago

PETRONAS and ENEOS Reaffirm LNG Partnership for Energy Security

PETRONAS and ENEOS renew LNG partnership, securing 10% stake in MLNG Tiga to strengthen energy…

19 hours ago

UAE Exit: Weakens OPEC+’s Control Over Spare Capacity

UAE exits OPEC+, weakening spare capacity control and signaling shift toward capacity-driven competition, raising volatility…

20 hours ago

Dunlop Enters New Chapter in Malaysia with EV-Ready Tyres

Dunlop launches EV-ready tyres under Toyotsu Binter, strengthening Malaysian presence with new products, dealer expansion,…

20 hours ago

Fed Holds Fed Funds Rate at 3.50-3.75% Amid Elevated Inflation Risks

The FOMC maintained that US economic activity continued to expand at a “solid” pace. Growth…

1 day ago

RON95 rises 10 sen to RM3.97 per litre

Finance Ministry raises RON97 and RON95 prices, keeps diesel unchanged, urges prudent fuel use amid…

2 days ago

This website uses cookies.