Categories: Business News

ISP Memperolehi Aset Industri Bernilai RM 188.5 Juta

Selangor, 24 October 2024 – Kumpulan Syarikat ISP (ISP), sebuah syarikat hartanah yang pakar dalam segmen Gudang Logistik dan Hab Pembuatan (LWMH) serta PenginapanPekerja Khas (PBWA), hari ini mengumumkan bahawa iatelah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk empat asetindustri dengan jumlah keluasan kasar lantai hampir 850,000 kaki persegi (SF) pada jumlah kos RM188.5 juta.

Pengambilalihan ini, yang akan dibiayai oleh dana dalamanISP dan pinjaman, terdiri daripada satu tapak pembangunansemula dan satu tapak brownfield di Johor serta dua tapakbrownfield di Selangor. ISP berhasrat untuk mengubah aset-aset ini menjadi gudang logistik dan hab pembuatan yang berorientasikan kelestarian bagi memenuhi permintaanterhadap kemudahan-kemudahan jenis ini di Malaysia. Syarikat itu juga menyatakan bahawa aset-aset ini akan mula disewakan atau dipajak menjelang suku pertama 2025.

ISP – Gudang Logistik

Eric Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ISP Holding Sdn Bhd, berkata, “Kami menjangka permintaan untuk menyewa atau memajak gudang logistik utama, terutamanya yang terletak di kawasan strategik dan mudah diakses di Malaysia akan meningkat berikutan asas ekonomi yang kuat di negara ini dan prospek pertumbuhan positif dalam industri utama termasuk semikonduktor, pembuatan, teknologi (pusat data) dan logistik.”

“ISP juga percaya bahawa kadar sewa akan terus meningkat dalam tempoh masa terdekat memandangkan
kekurangan bekalan gudang Gred A dan hab pembuatan. Kos pembinaan yang lebih tinggi untuk kemudahan kemudahan jenis ini pula menjadi antara halangan untuk menembusi pasaran,” tambahnya.

Menurut Ng, ISP memberi tumpuan untuk memastikan bahawa setiap aset LWMH mempunyai infrastruktur yang terpelihara, bekalan elektrik dan air yang boleh dipercayai, rangkaian pengangkutan yang menyeluruh, serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan penting supaya penyewa dapat menjalankan operasi tanpa gangguan. “Sebagai komitmen kami menuju kelestarian, kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan pensijilan hijau untuk semua aset LWMH kami,” katanya.

Berikutan pemerolehan empat aset industri baharu ini, ISP kini mempunyai portfolio 8 aset LWMH dengan jumlah keluasan lantai kasar sebanyak 2.3 juta SF.

“Seterusnya, ISP bercadang untuk mengembangkan lagi portfolio dalam LWMH, dengan memberi tumpuan terutamanya kepada tanah perindustrian dan hartanah di Johor dan Lembah Klang. Kami juga akan terus melabur dalam mempertingkatkan inovasi, menambah baik spesifikasi, serta menggabungkan elemen kelestarian dalam aset-aset kami untuk memenuhi permintaan penyewa yang semakin berkembang,” Ng menyimpulkan.

Read more Business News

Table of Contents

Social Media Links

Read More News #latestmalaysia

Staff Writer

Recent Posts

Malaysian Banks Seen Resilient Against Energy Price Shocks

Strong fundamentals support resilience in the banking sector.

24 hours ago

Succession Planning Key to Sustaining Family Businesses

Structured transitions help ensure long-term stability.

1 day ago

Greatech Seen Poised for Earnings Upgrades Amid Record Order Book


Analysts see upside for Greatech as record orders, data centre demand and improving execution support…

1 day ago

Mitrajaya Outlook Supported By Data Centre Exposure, Strong Order Book

Mitrajaya’s earnings outlook remains positive, supported by stronger revenue recognition, data centre projects and steady…

1 day ago

US-Iran Talks Lift Sentiment Despite Lingering Market Caution

Improving US-Iran negotiations and easing oil prices lifted global sentiment, while investors stayed cautious ahead…

1 day ago

Vietnam’s Rising Influence in ASEAN Takes Centre Stage at the Shangri-La Dialogue

Vietnam's General Secretary To Lam will visit Thailand, Singapore, and the Philippines from May 27…

2 days ago

This website uses cookies.