Datuk Abdul Rafik Abdul Rajis – CEO, CLAB
KUALA LUMPUR – Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB), anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), menyasarkan untuk memperkukuh peranannya sebagai pusat sehenti dalam pengurusan tenaga kerja asing bagi sektor pembinaan negara dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif CLAB, Datuk Abdul Rafik Abdul Rajis berkata, langkah ini penting bagi memastikan industri pembinaan kekal berdaya saing melalui penggunaan pekerja asing yang sah, kompeten dan mematuhi piawaian keselamatan.
Beliau berkata, antara inisiatif utama CLAB ialah pelaksanaan Sijil Kompetensi Kemahiran Pembinaan (SKKP) yang dikeluarkan oleh CIDB kepada pekerja asing dalam sektor pembinaan yang telah menjalani penilaian kemahiran di Akademi Binaan Malaysia (ABM).
“SKKP bukan sekadar dokumen pengiktirafan — ia berfungsi sebagai piawaian industri bagi memastikan pekerja benar-benar mahir, berdisiplin, dan mematuhi keperluan keselamatan di tapak binaan. Ia juga membuka peluang kerjaya yang lebih baik, sama ada di dalam mahupun di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Abdul Rafik menjelaskan bahawa pelaksanaan SKKP memberi manfaat kepada majikan dengan mengurangkan risiko hasil kerja berkualiti rendah, menurunkan kos pembaikan, memendekkan tempoh pembinaan serta meningkatkan produktiviti projek.
Selain SKKP, CLAB turut mempertingkatkan kesedaran awam mengenai penambahbaikan Kad Hijau CIDB. Kad yang diperkenalkan pada tahun 2015 itu kini dipertingkat dengan fungsi E-Wages/E-Wallet dan Sistem Kehadiran Tapak (SAS).
Beliau menambah, sistem E-Wages akan memperkenalkan kaedah pembayaran gaji secara digital dengan fungsi potongan terus (direct debit), sekali gus mempromosikan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang lebih telus, mampan dan kos efektif. Setakat ini, lebih 500,000 pekerja asing yang berdaftar dengan CIDB memiliki Kad Hijau tersebut.
Mengenai cabaran, Abdul Rafik mengakui masih terdapat pihak yang kurang memahami fungsi Kad Hijau, namun CLAB yakin bahawa latihan, pendidikan, dan sokongan berterusan akan mempercepatkan penerimaan industri terhadap inisiatif ini.
Beliau menambah bahawa kejayaan pelaksanaan SKKP serta penambahbaikan sistem Kad Hijau bukan sahaja menjamin kecekapan pekerja asing dalam sektor pembinaan, malah mendorong industri pembinaan negara ke arah ketelusan, daya saing dan pengiktirafan antarabangsa.
Menutup kenyataannya, Abdul Rafik berkata CLAB menyasarkan untuk mengurus sepenuhnya semua proses pengambilan pekerja asing dalam sektor pembinaan serta memastikan setiap pekerja mempunyai akreditasi yang sah.
“Dengan pencapaian ini, industri pembinaan Malaysia akan menjadi lebih teratur, telus dan berdaya saing — sekali gus meletakkan negara sebagai model serantau dalam pengurusan tenaga kerja asing mahir,” katanya.
Alliance Bank boosts support initiatives for SMEs.
“We derive a fair value of RM0.28 by ascribing a c.8x PER to FY27F EPS.”
Analysts downgrade call to Neutral with lower target price of RM1.29 (from RM1.85), based on 7x our…
Maintain Outperformwith a higher TP of RM5.05 based on 33x FY27 EPS after rolling over valuations…
99 Speed Mart gains from strong essential spending demand.
CelcomDigi records higher quarterly profit driven by efficiency and strong demand.
This website uses cookies.